CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 10 Januari 2012

Smart RNP Teen Club


SMART RNP TEEN CLUB

Allah berfirman maksudnya: “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”-Surah an-Nisa’ :ayat 9

Ia suatu peringatan daripada Allah bahawa, menjadi suatu keperluan untuk kita agar tidak meninggalkan anak-anak kita sebagai golongan yang lemah dan akhirnya meminta-minta. Lantas, menyediakan anak-anak dengan segala aspek kekuatan ini suatu jihad yang dituntut Allah. Malah, kemiskinan dikhuatiri membawa kepada kekufuran. Maka tidaklah keterlaluan untuk kami katakan bahawa apa yang kami laksanakan ini bakal menyediakan anak-anak dengan 1001 kekuatan dalaman .

Anak ini suatu nikmat dan anugerah kurniaan Allah. Nikmat ini harus dijaga dengan kasih sayang. Nikmat yang disyukuri akan ditambah oleh Allah. Tetapi awas jika nikmat ini dikufuri atau tidak dijaga dengan sempurna. Maka amanah ini akan dituntut dan dipersoalkan oleh Allah. Ingatlah janji Allah di dalam al-Quran berbunyi:

Maksudnya:   Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"-Surah Ibrahim: ayat 7




Setiap peserta kami akan berpeluang menjadi ahli kelab RNP. Keahlian dalam kelab ini terbuka untuk golongan pelajar sekolah rendah, menengah, IPT, golongan remaja yang bekerja dan wanita. Kelab ini adalah yang pertama seumpama di Malaysia dan di dunia. Kami tawarkan keistimewaan berikut:

1)      Kelab  berprestij dan eksklusifini muncul buat pertama kali di Malaysia. Malah ia bakal menjayakan misi khaira ummah (ummat terbaik) sebagaimana firman Allah bermaksud:

Maksudnya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah......” – Surah Ali-Imran: ayat 110.
               
2)      Kelab pelopor kecemerlangan ini bakal menjadi milik sesiapa saja dimana saja mereka berada. Kecemerlangan yang pasti. Jaminan yang mesti digenggami penuh kehebatan dan keceriaan kerana kelab ini menjadi prisma cemerlang pemakmur mayapada.
Ini misi yang dibentuk berteraskan janji Allah yang telah  menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian sepertimana firmanNya berbunyi:


 Maksudnya:  Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya “-Surah at-Tin :ayat 4
3)       

      Kelab ini muncul dengan seribu keindahan dan sinar gemilangnya pasti tidak akan pudar. Kelab RNP ingin supaya setiap peserta dijulang sebagai anak ternama. Itulah nilai dan ciri eksklusif yang boleh dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

4)      Satu-satunya “smart club” untuk golongan pelajar, penuntut, remaja dan golongan wanita. Ekslusif, berprestij dan bergaya moden dengan aplikasi program tercanggih. Kelab yang sarat dengan seribu tujuan, sejuta impian. Kelab yang sarat dengan aktiviti menjana ilmu pengetahuan, minat dan kecemerlangan. Kelab yang  mampu menjadikan golongan ini insan tumpuan., perhatian dan sebutan. Kelab  berstatus  kemewahan dan kemegahan, kelab yang mampu membuatkan pesertanya tersenyum dan merasa berbeza sepanjang hayat dikandung badan. Kelab yang mampu mencorakkan prestasi akademik yang gemilang. Kelab yang mampu menghalang mereka dari merasa tertekan. Kelab yang mengisi jiwa dan pemikiran dengan keseronokan, kegembiraan dan kemuliaan sebagaimana di tuntut oleh agama. InsyaAllah kelab ini mampu membuatkan orang lain merasa cemburu dengan mereka. Satu-satunya kelab persatuan matematik dan sains malah merupakan smart kelab yang terunggul yang menyediakan kemudahan membeli barangan dengan potongan diskaun luar biasa.


5)      Kami menjemput anak anda untuk  menyertai pelbagai rancangan pendidikan kami. Disamping itu kami juga menawarkan program Revolusi Pintar RNP. Kesedaran diri dan untuk  ingin bersaing digunakan sebagai ubat paling mujarab untuk mengubah prestasi akademik mereka dan bakal menyemarakkan semangat mereka untuk berlumba-lumba dalam mengejar kecemerlangan akademik dan akhlak. Asas kejayaan dan kemenangan. Emosi dan akal boleh dimajukan, dibentuk dan dibina sebagai sesuatu yang agung. Inilah keajaiban yang bakal menjadi milik anak-anak anda. Ibubapa tak perlu merasa bimbang terhadap pelaburan wang dan masa. Janganlah jemu dan patah semangat untuk menghanatar anak-anak anda ke lokasi program. Percayalah perubahan yang mereka bakal terima adalah jauh lebih tinggi nilainya berbanding wang ringgit dan keringat yang anda curahkan.

Allah berfirman dan memberikan penekanan tentang melindungi anak-anak ini sepertimana ayatnya di dalam al-Qur’an:



Maksudnya:  Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”-At-Tahrim: ayat 6






Maka, pilihlah bersama kami untuk mengelakkan anak anda daripada terjerumus ke dalam dunia gelap sosial yang memualkan. Ini suatu tanggungjawab bersama dalam melindungi ahli keluarga kita khususnya anak-anak daripada kemurkaan Allah. Bersama kami, mereka akan sentiasa memenuhi masa dengan aktiviti membina diri dan potensi.
Mari wujudkan situasi menang-menang. Anda sediakan anak-anak, kami bantu dengan latihan pembangunan diri. Jadikan apa yang disediakan oleh RNP ini sebagi suatu peluang.
antara sekolah yang mendapat khidmat kelab RNP




Para pelajar memberi tumpuan pada taklimat yang diberikan


0 comments:

Catat Ulasan

thanks for comment!!!