CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kelab RNP 2U 1 Malaysia

TRANSFORMASI DIRI..MARI MEMBINA MISI  HEBAT BERSAMA SKOR A KAEDAH RNP
Hidup ini suatu perjuangan. Di tangan andalah terletak suatu harapan menggapai impian segah Gunung Everest! Zaman ini bukan lagi zaman di mana anda menanti dihulurkan tongkat sakti untuk berjaya. Zaman ini adalah zaman perjuangan untuk misi hidup atau mati!

“Di mana Jalan Pulang? Laut berada di belakang kalian. Musuh pula berada di hadapan”
 
 Ziyad b Toriq, seorang pahlawan yang berjaya  membuka kota Andalusia. Apabila sampai di suatu lokasi pertempuran, beliau membakar segala kapal para tenteranya. Ini bagi mengelakkan ada patriot yang lari dari medan peperangan. Dengan kuat beliau bertempik:






Begitulah nada semboyan seorang pahlawan yang sudah berpatah arang, berkerat rotan. Di hadapan adalah masa hadapan, sedangkan di belakang adalah lautan sejarah yang hanya tinggal kenangan. Ayuh, mari membina misi hebat bersama RNP! Anda nakhoda, kamilah bahteranya!
Mahukah anda kami tunjukkan suatu program yang menggabungkan 3 elemen hebat ini?
1.      Jaminan kecemerlangan akademik
2.      Jaminan kesihatan
3.      Jaminan emosi cerdas dan akhlak terpuji
Samaada anda adalah ibu bapa atau bakal calon UPSR/PMR/SPM, anda hanya ada 1 pilihan... iaitu teruskan pembacaan sehingga ke kalimah terakhir!
Bagi yang sentiasa mengimpikan kejayaan hebat tahun ini, dengan bangganya kami menawarkan suatu peluang transformasi kecemerlangan  diri yang sangat hebat dan berbaloi-baloi!..
1.      Misi motivasi menjejak impian juara Skor A kaedah RNP. Misi menggapai impian yang sangat realistik dan sangat mudah untuk dicapai.
2.      Bersama kami, perubahan MINDA ANAK ANDA ..BUKAN LAGI IGAUAN, SUATU KEPASTIAN! DIJAMIN 100% MEMBERI IMPAK MAKSIMA!
3.      Percayalah, kami  bakal bebaskan minda anak anda daripada penjajahan kegagalan. Minda mereka akan dihiasi dengan aura seorang juara SUPER!
4.      Anda adalah apa yang anda fikirkan? Mari berfikir gaya JUARA..
5.      Bukan omongan kosong, tetapi ini rahsia besar cara kami mentransformasi ‘bajet pendidikan’ ini menjadi  suatu keuntungan berganda-ganda. Ini suatu program yang bakal meroboh tembok kegagalan. Ini misi mencetus aura A luar biasa! Misi ibu bapa bestari untuk menjamin masa depan gemilang ank-anak.
6.      Mari kami cadangkan 1 langkah menuju 1000 kecemerlangan yang menyusuri detik kecemerlangan anak anda:
a.       Ia suatu program berimpak tinggi yang  menyerlahkan konsep kecemerlangan  dari sudut pandang motivasi dan tips menjadi pelajar cemerlang.
b.      Suatu program bakal menyingkap 1001 rahsia kaedah mengurus masa efektif
c.       Pendedahan eksklusif tentang resepi  kejayaan dan pantang larangnya. Memaparkan magika kejayaan tokoh tokoh-tokoh seperti Henry Ford, Isaac Newton, Thomas Elva Edison, Ali Yaakub, Tuah Johari Atan, Roger Bannister, Jahangir Khan, Vasily Alexer, Nelson Mandel dan Prof. Ismail Salleh.
d.      Penekanan kepada kaedah MENAKJUBKAN  bagi memperkuatkan daya ingatan.
e.       +++ Aspek ikhtiar kerohanian. Amalan+Petua kecemerlangan daripada al-Qur’an dan sunnah Nabi akan didedahkan secara eksklusif.
f.       Suatu yang anak anda pasti terpikat! Fokus kepada tajuk-tajuk penting untuk menghadapi peperiksaan
g.      Diselangi dengan tip praktikal mengatasi ancaman mengantuk
h.      BONUS! Tip dan panduan menghadapi pancaroba hidup remaja beserta langkah menanganinya.

7.      Mempersembahkan suatu RAHSIA AGUNG YANG TIDAK PERNAH DIDEDAHKAN DI MANA-MANA PROGRAM - rahsia Lulus Cemerlang dalam Exam gaya RNP 2012

a.      RNP 100% Exam Smart Spot
Mempersembahkan soalan ramalan yang 100% tepat berdasarkan analisa soalan-soalan lepas daripada pakar-pakar yang terdiri daripada Jurulatih Utama dan penggubal soalan peperiksaan.

b.      Tips-tips  analisa soalan super
Suatu yang amat jarang didedahkan dalam mana-mana seminar. RNP akan mendedahkan rahsia analisa terhadap soalan pepepriksaan sebenar. Anak anda akan bijak menganalisa sendiri dan akan menjangkakan bentuk soalan yang akan keluar.

c.       Ramalan RnP dan kaitannya dengan soalan sebenar peperiksaan
Pengalaman pakar RNP akan membantu menyediakan pelajar terhadap jangkaan soalan peperiksaan. Rangkaian Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Guru Pakar, Pemeriksa Kertas Peperiksaan tampil membantu anak anda berkeyakinan dan pintar membaca trend soalan.

8.      PLUS! Tips Pengukuhan Super
a.       Tip bijak tangani konflik remaja
b.      Kaedah Super Khalifah. Suatu pendekatan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai khalifah. Gabungan kerohanian dan psikologi yang pasti menanamkan rasa cinta pelajar kepada Allah dan Rasul. + + + kaedah mewujudkan persekitaran dan minda positif untuk menyemai rasa suka kepada kebaikan dan kecemerlangan.

9.      Ayuh! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda pasti menyesal apabila melihat wajah alumni kami terpampang di dada akhbar pada hari PMR/SPM/STPM diumumkan. Jangan menyesal kerana tidak menyertai mereka suatu ketika dahulu.Sertai kami semudah A,B dan C dengan cara:

a.       WAJIB Sertai seminar pertama dengan bayaran:
                                                              i.      UPSR – Bayaran RM70.00 termasuk pengangkutan, makan dan 
minum, sijil, fail dan nota,+++  CD soalan latihan dan alat
permainan .Subjek  yang difokuskan adalah seperti berikut:
Matematik, Science, B.Inggeris, B.Melayu
                                                            ii.      PMR- Bayaran RM80.00 termasuk pengangkutan, makan dan minum,
sijil, fail dan nota, CD soalan latihan. Subjek yang difokuskan
adalah seperti berikut: Matematik, Science, B.Inggeris,
B.Melayu atau Sejarah.
                                                          iii.      SPM – Bayaran RM95.00 termasuk pengangkutan, makan dan minum
sijil, fail dan nota, CD soalan latihan. Subjek yang difokus
adalah seperti berikut: Matematik Moden, Matematik 
Tambahan, B.Melayu atau B.Inggeris, Fizik atau Science.

10.  Pakej susulan berbentuk tuisyen

a.       UPSR
                                                              i.      Yuran RM75.00. Seminggu sekali bermula jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang. Subjek tumpuan Matematik, Science, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (selang seli).

b.      PMR
                                                        i.            Yuran RM85.00. Seminggu sekali bermula jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang. Subjek tumpuan Matematik, Science, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (selang seli), Sejarah atau Geografi atau Kemahiran Hidup.

c.       SPM
                                                        i.            Yuran RM100.00. Seminggu sekali bermula jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang. Subjek tumpuan Matematik Moden, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu (selang seli), Fizik atau Sejarah atau Kimia atau Ekonomi Asas atau Perdagangan.

“Tiada mana-mana kejayaan datang bergolek. Segalanya perlukan usaha. Anda sediakan komitmen, kami sediakan 1001 ramuan dan misi rahsia untuk ke puncak jaya”
“Mari bersama RNP mencorak misi hidup sempurna. Berani mencuba anda pasti bahagia”
“Bersama RNP, segalanya pasti!”
“Bukan sebarang janji, tetapi janji berisi misi”
“Bukan sekadar kata, tetapi kata pasti dikota”